Wednesday, February 11, 2015

Tokyo January 2015 : Expenses , Lodging , train , misc


1) EXPENSES

Untuk trip kali ni aku memang sangat-sangat buat calculation. Sebab memang nak tahu berapa aku spent untuk Jepon ni.

So, expenses yang tak termasuk makan, minum, souvenirs dan segala badak sumbu yang mengunyah duit-duit sekalian. Dan tak termasuk tiket Flight. Beli time promo AA. Kompem murah giller.  :-



Hari tu, time aku tukar duit, exchange rate better la berbanding sekarang memandangkan ringgit kite jatuh. 

So total perbelanjaan kat sana adalah 42850Yen ; lebih kurang RM1400.

Tapi, itu tak termasuk makan, minum, souvenirs, badak sumbu, panda, gajah segala mak nenek. Kalo ikutkan, total boleh sampai RM2000. Lebih dari RM2000 pon boleh kalo jenis yang suke bershopping bagai....

Nak ikutkan...not bad jugak la. mungkin sebab kitorang just round Tokyo je kot, tu yang macam boleh berjimat. Lepas tu, kalau orang yang banyak kudrat, boleh menapak berjuta-juta tapak, kompem boleh jimat lagi....

Ade orang kate cam Huiyoooo..bapak kaya pergi jepun...!
Hurm....
Die taktau yang kite ni ikat pinggang tanak belanja setiap bulan. Bukan sebulan dua ikat pinggang... berbulan-bulan...Nak-nak lagi tahun lepas aku gatal nak gak ke Korea. Ambik kau! Satu tahun aku ikat pinggang! 

Di mana ade kemahuan, di situ ade jalan!

2) Lodging: Hotel MyStays Asakusa

Kitorang stay kat Hotel MyStays Asakusa. Sebab aku pilih hotel ni:-

1. Murah berbanding hotel lain
2. Ada kemudahan memasak(mintak kat lobby. Nanti die kasi Hot Plate ngan periuk. Itu sahaja. sudu senduk bagai takde)
3. Ade washing machine
4. Ade Wi-fi
5. Dekat dengan train station

Not bad hotel die. Kitorang dok 3 orang sebilik, ade 3 katil, di sediakan towel, ade sabun mandi+shampoo+conditioner, TV besar, meja, Kerusi, peti ais, microwave...pendek kate berbaloi-baloi lah!

Memang luas bilik dia! Kerusi meja sume tuh kitorang alih buat space nak solat. Siap boleh masak tu yang best!


Kalau yang nak usha, gi je kat laman web kat atas tu, click english, pastu kat bahagian kanan nak cek harga/availability, pilih Mystays Asakusa. 

Kat bawah ni map yang orang hotel tu kasi. Nampak tak yg aku bulatkan warna merah tu? A7 ngan A2. itu exit strain. Kalau korang nak guna train line Oedo, masuk/keluar kat A7 tu. A2 untuk Line Asakusa. Memang kompem korang akan guna dua-dua exit nih.


Restoren Doli kat sebelah. Lorong kecik ada tangga tuh la tempat nak masuk ke hotel.
Tempat letak makanan. Ni kira stok dah susut dah ni. Kalo tak, laaaaagi banyak

Periuk yang di sediakan hotel. Minyak beli kat mini mart. Punye la nak tanya orang kedai tu hal berkaitan minyak bapak susah! macam kucing bercakap dengan burung!!

Sous-chef 
tadaaaa~~ makanan sudah siap!! nasi segera boleh beli kat mini mart. Just microwave kan je. Tapi kitorang bawak beras dari rumah. So mentanak nasi dalam periuk je biasanye. Ini je la sekali makan nasi segera

3) Train

keretapi kat Tokyo...bagi aku , pening sikit. Hadoi! takpe, yang penting, sebelom ke Jepun, print dulu subway diorang punye map, atau cam aku, simpan je dalam Handphone. Kot-kot korang tak jumpe pamphlet map diorang. click sini

Kalau takat nak tau naik train line mana nak menuju ke satu-satu direction tuh mungkin tak pening kepala sangat.

Tapi yang peningnye bila dah ade dalam station tu sendiri. Terutama skali Station Shinjuku ngan Station Tokyo!!!!

Station Shinjuku ngan Station Tokyo sangat-sangat memeningkan kepala. Besar gabak lebih besar dari hippo darab 1 juta tau tak! Orang pulak laju je manjang berjalan. Kite ni dah lah dengan sakit kakinye, dengan taktau nak pergi mananye, pusing sana-sininye...terpinga-pinga...stress kejap

Kat Tokyo, ade train yang jenis Metro. kire keratapi bawah tanah.. Ade plak yang jenis JR Line (kalo beli JR pass, boleh guna train JR Line). Line untuk kedua2 keretapi ni berbeza. Kalo tak paham time kat Malaysia nih, insyaAllah boleh paham bile dah sampai kat jepon.





satu tabiat orang jepun yang aku suke, diorang akan beratur bile nak masuk train. Dan bile train sampai, diorang akan bagi laluan orang dalam train keluar, baru diorang masuk. Diorang ni, semua bende pon beratur. Sangat-sangat tinggi kesedaran sivik diorang!

beratur sambil menunggu train sampai
Naik tangga nak keluar pon beratur

Time peak hour, train memang sangat sangat sangat sangat penuh. Kalo dari luar train tu, korang nampak la muke-muke orang tertepek kat cermin pintu. Time kat luar train boleh la aku tersengih tengok muke tertepek tuh. Sekali masuk train, terpaksa mengeraskan badan nak cari balance sebab tak dapat nak pegang ape2 + orang memang ramai berhimpit-himpit! tapi satu suara pon tak dengar. Senyap giller.

4) About jepun. Perkara yang aku ingat dan sangat suke

1. Aku suke baju uniform budak sekolah diorang. Baju budak sekolah rendah comel giller!!! Giller best usha baju uniform diorang. Mungkin sebab pengaruh drama + anime + manga kot..so tahap ke-excited-an aku memang tahap over. Imah pon cam whatever je die bile aku excited macam peghak :))
2. Mamat jepon lagi comel dari mamat korea.Kikikikiki..Serius.! 
3. Kebanyakkan kedai, bile kite beli barang, diorang akan wrapped kan. Dan wrapper die sangat kawaii! 
4. Scenery yang cantik!! Honto sugoi!



1 comment:

  1. salam. boleh tak saya dapat kan itenary ke japan utk rujukan? im planning to visit japan as well. i read a lot from your blog. anyway..thank you so much for writing your travel experience. thank youuuuuuuu! email: eint.intan@gmail.com

    ReplyDelete