Tuesday, February 3, 2015

Tokyo January 2015 : Preparation

Start planning dah lama dah nak ke Tokyo ni. Dari bulan 2 tahun lepas lagi dah book ticket. Murah katenye(tapi kalau tengok promo kat Air Asia skarang ni, lagi murah!). Dah la tak payah buat visa. Lagiiii la tersangat-sangat senang!

So, aku, mak, ngan Imah pon berplanning2 la nak kesana...Tapi ya ampun! kenapa susah sangat ek nak mencari info pasal Jepun ni? 

Budget kitorang ciput, so terpaksa la buat berani sendiri nak survive kat bumi Doraemon ni. Tapi al-hamdulillah..sebab setakat nak visit je kan? so boleh survive!

Persiapan untuk Trip kali ni

1. Winter gear(winter coat(pinjam kat orang sudayh), gloves, muffler, Long John(baju thermal),...)

2. Makanan. Seperti maklum, kite orang Islam ni kene menjaga makanan. Dan makan kat sana agak susah nak cari yang halal + mahal. Boleh je mencari makanan kat sana, tapi dengan syarat kene banyak tanya kat orang kedai samada bende-bende yang kite tak bleh makan tu ade ke tak dalam makanan. Dan hampir setiap hari kitorang bawak bekal.

3. Charger. Oleh kerana Jepun pakai Voltage 100 je, so peratikan la sikit kat kepala charger korang tuh, tang bahagian INPUT: ade tak die tulis 100-240V? kalo nampak je nombor 100 tuh, maksudnye boleh pakai dah tu kat jepun. Tayah nak beli transformer ke power rangers bagai ke. Tak payah. setel dah tu..

4. Itinerary : Siapkan le dengan sedetail mungkin. Arah ke mana, pakai train line mana. (khas untuk beginner ke Tokyo yg memang haram tatau ape2 tapi menggatal kaki nak merayap jugak). Tang bab Itinerary ni Imah yang siapkan. kuang kuang kuang...aku? Cari hotel, pastu goyang kaki je.
Ha! satu lagi. Itinerary korang tu, mestilah setimpah dengan orang yg nak travel ni. Kalo jenis orang mude yg kuat berjalan dan boleh travel high pace, boleh la padat2kan itinerary. Kalo tak boleh nak beberapa high pace, amik tempat yang utama korang nak pergi sahaja.Sediakan jugakla itinerary backup.

5. Hotel : Giler hotel kat jepun ni mahal! hotel yg kitorang gi ni pon antara yang termurah. Kot la korang dapat  lagi murah, tolong le share ye..

6. Kesihatan : berdoalah banyak2 yang korang diberi nikmat kesihatan di sepanjang trip, sebab aku asyik telan panadol+ubat selsema + ubat sakit badan   je. tak larat mek..

7. Duit : Penting nih!. dah la ringgit jatuh.! rasa cam geram la plak. Duit yen, agak pening skit nak menentukan nilai die mula-mula. So, kalo ikut cara pandai2 sendiri aku , aku menilai sesuatu barang macam nih(bukan menilai ke ringgit tau! jangan salah paham):-

¥100     = nilai sa
¥1000    = nilai puluh
¥10000  = nilai ratus

tuh cara aku. kalo korang pening kepala, abaikan je le. Tujuan aku buat camtu sebab nak tengok samada bende tu berbaloi ke tak. Kot air kotak die ¥1000, giler ko nak beli? contoh je la. air diorang lebih kurang je harga...¥130-¥340 (tayah la convert ke RM sebab kompem mahal!)

8. Compass untuk solat : Penting !. Sebab nnt korang akan main solat je kat mana2 ruang yang ade

9. hyperdia : Penting woo website nih! Kat sini la korang nak tau nak gune train line ape untuk menuju ke sesuatu destinasi. Blog ni siap dengan penjelasan bagai----->Sile Click

Persiapan dah sedia?

Shin Chan! jumpa di sana!!

No comments:

Post a Comment