25/11/2015 : Incheon Airport
Perjalanan dari Jeju ke Seoul tak sampai satu jam pon. Take off pukul 9.20 malam, touch down pukul 10.30mlm. Sampai je Gimpo, terus ke AREX station. Ikut je signboard 'airport railroad', nnt sampai lah kat station tuh. Destinasi kami, Incheon Airport. Atenye plan malam ni kite berkampung je kat airport. Nak save duit la katakan...Nervous weih nak tidur kat airport ni. First timer atenye
perjalanan nak ke incheon naik AREX mengambil masa agak lama la juga. Sempat la aku ngan Padel main sengguk-sengguk kat dalam train. Sampai je kat Incheon, terus mencari Prayer Room kat B1(kot..x berapa nak ingat). Sebelum tu Padel dah bagi tau yang Prayer Room tu untuk semua religion dan siap ade kerusi banyak-banyak macam kat dalam gereja lagi. Aku ni pulak bukan jenis nak dengar kata kan,? degil gak nak menapak ke sana.
Yang kelakarnye, prayer room tu betul-betul kat area tempat keluar dari train tadi. Kitorang ni pulak, keluar dari train, touch kad, jumpa escelator tinggi kat depan tu terus je naik, pastu jalan terus masuk airport, kemudian masuk lift turun ke B1 sebab nak mencari prayer room, menapak dan terus menapak sampai la kat tempat touch kad tadi balik. Prayer room tu betul-betul je kat bahagian sebelah. Bengong !
Anyway, betul la kata Padel, Prayer Room tu memang macam gereja je sebab bile aku kuakkan je sikit daun pintu, nampak sorang mamat tengah baca doa kat salah satu bangku di situ. Hampeh je! tu la..tak nak dengar cakap orang lagi kan? padan muka dah kene menapak banyak. Tak pasal-pasal dah penat kaki. kesian kakiku
Sudahnye aku patah balik pergi kat lift tadi semula. Kat area situ ade banyak bangku panjang. So, macam cantiklah nak baring lelap lelapkan mata kat sana kan?
Tukar baju, amik wudhu', bentang sejadah kat tepi bangku dan solat. Selesai cerita.
Dan tidur..
Oh ya..lupe pulak. Disebabkan terrorist attack kat Perancis, security kat airport diperketatkan lagi. Banyak la Polis/Askar(?) dengan senapang die lalu lalang. Nak -nak lagi diorang perasan ade budak pakai tudung dok merayau sengsorang(masa nak cari prayer room), lagi la depa meramaikan lagi battalion mereka kene tugaskan lalu-lalu kat area kami...kikikiki(perasan je). Tapi aku terperasan time aku tengah klobek-klobek beg amik baju ngan toiletries nak pergi cuci-cuci amik wudhu' sume, tetiba je ade pakcik polis/askar tengah dok tinjau(terang-terangan) tengok kitorang dari balkoni level atas. Cuak la plak kan? tapi buat bodoh je...
Malam tu gila tidur-tidur ayam. SEJUK!! Bangun tidur bangun tidur...huhuhuhu..Padel kata kat level 1 ngan 2 kot yang heater die sentiasa on, tapi level lain dia off kan waktu malam...huhuhuhuh...pakai baju sejuk pon sejuk lagi..Sejuk dan bising....Last-last, dalam pukul 4 pagi macam tu, give up dah. Bangun terus pergi toilet, siap-siap amik wudhu', pastu terus lepak je layan hp. Memang takleh tidur..
Day 6 finally end
to be cont.
Thursday, December 24, 2015
Tuesday, December 22, 2015
South Korea November 2015 : Day 6 - Airport Part1 : SERAMMMM ! ! !
25/11/2015 : Jeju International Airport
Semasa menunggu nak boarding flight kat Jeju International Airport ke Seoul, berlaku satu incident yang bagi aku incident ni agak scary, tapi mungkin bagi orang lain benda ni takde apa-apa..terpulang lah. Tapi, untuk aku...better be safe than sorry.
So, al-kisahnye...time tengah syok-syok berbual ngan Padel sambil mengusha-usha orang lalu lalang kat dalam boarding hall, tetiba ade seorang mamat(bukan korean) dalam lingkungan 40/50-an duduk kat sebelah Padel. Mula-mula tak de la rasa apa-apa pon sebab ni airport kot. Semua tempat duduk adalah tempat duduk awam, walaupon time tu aku tengok ade je tempat lain yang dia boleh duduk, tapi...no big deal lah. And then, pokcik ni dok la start berbual-bual ngan kitorang(lebih kepada Padel sebab aku malas nak layan..). Mula-mula tanya orang mana? Malaysia. Dia pulak dengan senyum yang agak bangga mengatakan yang die orang Pakistan. Kami ooooooooo-kan je lah. Then, die tanya lagi nak kemana dan naik flight mana? kitorang jawab la sekian sekian sekian..Dia menganggukkan kepala sambil mengatakan yang die pon naik flight yang sama.Dan banyak lagi soalan-soalan lanjutan yang kami jawab. Dah rasa macam pop quiz la pulak kan? Habis soalan, di gantikan pula dengan cerita perihal dia. Kami meng-angguk-anggukkan je la kepala..
Pastu, tetiba die tanya dah makan ke belum? siap nak ajak kitorang pergi kedai lotte lagi. I pay, I pay. No problem... err.....thank you but no thanks
Aku time tu dah pikir lain dah. Tak sedap hati la plak.
Lepas tu, ade lagi la pulak soalan-soalan susulan..hadoiiii la pokcik!...si Padel la kesian kene layan sebab Pokcik tu kat sebelah die. Aku dah bolayan...
Tetiba dia ajak pergi pusing-pusing kat kedai-kedai tepi boarding hall .Pehal!!!
kami cakap taknak
Pastu dia suruh kitorang belikan rokok kat kedai duty free untuk dia. What the hell?! Memang tak la. Kitorang cakap, err..no no... Aku ni pulak jenis orang yang tak boleh kena suruh. Pantang sangatt!. kalau tak kena gaya menyuruh aku buat itu ini, memang hangin la satu badan. Silap silap kene sembur..Tapi tade la aku nak sembur pakcik tu kan...
Pastu dia desak lagi. Dan kitorang cakap No No No.. Die pandang kitorang, explain sekali lagi sebab dia kata kitorang tak paham. Dia explain yang dia nak bagi gift kat orang tapi tak boleh beli lebih dari satu untuk seorang. So, dia nak aku beli satu, Padel beli satu, pastu kasi kat dia. Itu saja!.....Dude! I get it! but the answer still no! ..geram dengan pakcik ni tau. Aku cakap balik ngan pakcik tu, it's against our moral to buy ciggaratte..I'm a teacher! It's against my moral! (masa tu aku dah marah, tak dapat la nak pikir perkataan yang sesuai. asalkan die paham je sudah).
Pakcik tu tak boleh terima dengan alasan kitorang. Siap tanya, kat Malaysia takde orang merokok ke? eh eh pakcik ni...ade yang kene sekeh kang..
last-last, sebab aku dah cuak+marah ngan pakcik ni, aku ajak Padel pergi toilet. Angkat bontot dan chow!
Ade la dalam 10 minit lepak kat toilet..kekekeke....Time aku dalam toilet, Padel cerita yang die nampak pakcik tu dok macam tinjau-tinjau kat toilet yang kitorang masuk tuh.
Scary tak??
Masa berbual-bual ngan pakcik tu tadi(sebelum masuk toilet dan selepas die offer nak belanja makan), aku tetiba teringat pesanan ayah aku. Kalau ada orang tak kenal kat airport mintak tolong pegangkan barang ke, ataupon apa-apa ke, jangan percaya. Pergi jauh-jauh.....Giller terngiang-ngiang kot kat otak aku pesanan ayah .....
anyway,
Keluar je dari toilet, aku ajak Padel supaya duduk jauh-jauh sikit dari tempat tadi. Fuh, nasib baik tak nampak kelibat pakcik tu lagi.
Time nak boarding flight tu la dup dap dup dap je sebab teringat yang dia kata dia naik flight yang sama. But lo and behold! batang hidung dia pon tak ada!!! Nampak tak permainan di situ? nampak tak? Nampak tak?
*lega*
Alhamdulillah kami selamat touch down di Gimpo Airport

Sunday, December 20, 2015
South Korea November 2015 : Day 6 - Jeju(last day)
25/11/2015 : Jeju - Cheonjiyeon Falls:::saeseom Island:::Lee Jung Seob Gallery:::Traditional Market
Mula-mula perancangan hari ni nak ke Jusangjeolli Cliff naik bas, dan kemudian pusing-pusing area berdekatan. Tapi tu lah, kita merancang, Allah yang menentukan. Bangun-bangun pagi je tengok langit menangis..kami berdua pon sob sob sekali jadinye...nak redah hujan dah tak sanggup dah, sebab hari ni dah kena gerak ke Seoul. Tak mau la baju ngan kasut basah macam masa mendaki Gunung Halla itu hari. Jadinya, kami buat keputusan untuk stay kat hotel dan tunggu hujan reda.
Elok la jugak, sebab kaki memang tengah azab lagi. So hari ni memang giller2 slow and steady..
Slow and steady sangat la kan? memang tak ar. Banyak gile jugak kot menapak hari ni.
Dah nak dekat pukul 10 pagi, hujan dah reda. So kami pon menapak ke Cheonjiyeon Waterfall. Tak jauh pon. Dari hotel, pusing kiri, dan menapak turun bukit. Ikut je papan tanda, dah sampaiiii...
Lepas tu, menapak menuju ke harbour..
Menapak melepasi harbour ke Saeyeongyo Bridge. Dari atas bridge ni boleh nampak view city dan laut. Serious gorgeous! Serious!!
Mendaki naik Saeyeongyo Bridge ke saeseom island...mula-mula cam tak tau pon ape yang ade kat dalam island ni. Tapi ramai je yang berjalan-jalan kat sini. Makcik-makcik ngan pakcik-pakcik la ramai..yang pakcik-pakcik memancing, yang makcik-makcik plak menyelam..Apa-apa pon, view dalam island ni memang best. Kalau yang pencinta alam seronok kot dok jalan-jalan kat sini
On the way balik, kat penghujung bridge tadi terperasa mende alah kat bawah ni. Masa pergi tadi tak perasan. Shell fossils. Dan of course, sebagai budak batu, Padel jadi excited bila jumpa mende alah ni.
\
Jalan punya jalan....tetiba ternampak satu market ni. Waaahhh!!! kebetulan betul!! eksited giller rasanya bile masuk sini. Bermacam-macam jenis makanan, bermacam-macam jenis kimchi...perghh...
Bersih je kan market diorang ni? huhuhuh..
Balik! kaki dah bertambah penat rasanya...sampai hotel, terus solat sebab dah time(kami mintak check out pukul 1 sebab nak terus siap-siap solat) dan gerak ke airport untuk ke Seoul!
Day 6! - almost end!!!
Not really....
To be cont.

| Tengok! Cantik tak view dia? |
| marvelous kan??? |
| dan....kami pun mula la poyo nak berlakon cari teksi |
| Teksi tado pon tapo....aksi mesti mau ado... |
On the way balik, kat penghujung bridge tadi terperasa mende alah kat bawah ni. Masa pergi tadi tak perasan. Shell fossils. Dan of course, sebagai budak batu, Padel jadi excited bila jumpa mende alah ni.
| Padel kata fossil tu dalam batu. Kalau \mende tu kat luar, nnt die terurai...al-maklumlah, fossilll.... |
![]() |
| Tak kenal pon sape mamat ni. Tapi popular kot dikalangan orang-orang korea |
\
![]() |
| Rumah Lee Joong Seop |
![]() |
| Motip gambar ni sebab nak amik mamat tengah-tengah tu(bukan pokcik nun)..Nampak cam cute kan? gatal je la tangan snap kamera...hihihi |
| huh..kemetotnye nampak |
| Area jalan ni memang smart |
Jalan punya jalan....tetiba ternampak satu market ni. Waaahhh!!! kebetulan betul!! eksited giller rasanya bile masuk sini. Bermacam-macam jenis makanan, bermacam-macam jenis kimchi...perghh...
![]() |
| menerai air jus limau |
![]() |
| Original tak? cap tu orang kedai tu tebukkan lubang untuk straw. Tempat pemegang botol tu memang win laaa |

Bersih je kan market diorang ni? huhuhuh..
Balik! kaki dah bertambah penat rasanya...sampai hotel, terus solat sebab dah time(kami mintak check out pukul 1 sebab nak terus siap-siap solat) dan gerak ke airport untuk ke Seoul!
Day 6! - almost end!!!
Not really....
To be cont.
Monday, December 14, 2015
South Korea November 2015 : Day 5 - Jeju
24/11/2015 : Jeju - Seopjikoji ::: Seongsan Ilchibung ::: Jeongbang Waterfall
Bangun awal pagi lagi hari ni (tapi tak de la seawal semalam).Bangun-bangun je kaki dah terasa sakit-sakit dek bahana hiking semalam. Ughh...Lena sungguh tidur, sampai rasa cam malasss je nak bangun...hiihhihihihi...Tapi bangun jugak! sebab nak meneruskan pengembaraan!
Hari ni kami nak mendaki lagi! mendaki Seongsan Ilchibung! pergh..Kalau duduk kat sini memang sumpah stamina aku tinggi mencanak-canak..Sebelum ke Seongsan kami ke Seopjikoji dulu. Kalau ikutkan Itinerary kami, lebih banyak lagi tempat yg kene pergi. Tetapi, kami malas nak rushing sangat. Sebab nanti jadi tak seronok. So, kita cover mana yang penting je lah, kan Labu kan?
First things first, kena mencari transportation. Nak naik public transport macam malas. Makan masa dan kena tahu schedule bas. Lagi pon kami memang awal-awal taknak naik bas. Nak naik teksi bawak kami tour pong tak mau. Mahal. Nak sewa kereta pon sama mahal. Kalau datang berlima sewa kereta, mungkin berbaloi, tapi disebabkan kami 2 orang je, rasa cam ralat je nak keluarkan duit banyak.
So acene?
Naik scooter je la !! Masa kat Malaysia ade try Google cari kedai sewa scooter kat area Seogwipo, tapi tak jumpa. Tapi ade terbaca yang ade someone yang stay kat Jeju Hiking Inn dapat direction ke kedai rent scooter dari owner hotel. So, gamble kompem ade je la kedai scooter kat situ...
So, turun je kat lobby, terus tanya owner camne nak ke kedai scooter. Direction seperti di bawah:-
Sampai-sampai je kat depan kedai, kedai belum buka lagi. Tercongok la kejap depan tu. Patutnye kedai tu bukak pukul 9 pagi, tapi sebab kitorang dah ade kat depan tu, diorang cam terpaksa la bukak awal kan? awal pon tak la awal mana pon. Pukul 8.40 kot. Depa ni pon, taktau ke early bird gets the worm? tsk tsk tsk...
Ade 2 jenis scooter;- 50cc dan 125 cc. Mula-mula kami nak sewa yang 50cc je, tapi bile kami cakap yang kami nak pergi Seongsan, orang kedai tu macam pelik. Siap buat action yang scooter kami tu lembab lagi. Terus kitorang tukar ambil 125cc..hihihi...kalau tak, alamatnye maghrib pon belum tentu sampai kat sana.....
Requirement untuk sewa scooter:-
==>Wajib ade international driving license. Kalau takde memang takleh sewa(orang kedai tu cakap)
Rent:
1. Scooter 50cc : 20,000 Won (additional 5,000 untuk passenger belakang)
2. Scooter 125cc: 30,000 Won
Sejuk je mata memandang kan?...
Day 5 end!!
Bangun awal pagi lagi hari ni (tapi tak de la seawal semalam).Bangun-bangun je kaki dah terasa sakit-sakit dek bahana hiking semalam. Ughh...Lena sungguh tidur, sampai rasa cam malasss je nak bangun...hiihhihihihi...Tapi bangun jugak! sebab nak meneruskan pengembaraan!
Hari ni kami nak mendaki lagi! mendaki Seongsan Ilchibung! pergh..Kalau duduk kat sini memang sumpah stamina aku tinggi mencanak-canak..Sebelum ke Seongsan kami ke Seopjikoji dulu. Kalau ikutkan Itinerary kami, lebih banyak lagi tempat yg kene pergi. Tetapi, kami malas nak rushing sangat. Sebab nanti jadi tak seronok. So, kita cover mana yang penting je lah, kan Labu kan?
First things first, kena mencari transportation. Nak naik public transport macam malas. Makan masa dan kena tahu schedule bas. Lagi pon kami memang awal-awal taknak naik bas. Nak naik teksi bawak kami tour pong tak mau. Mahal. Nak sewa kereta pon sama mahal. Kalau datang berlima sewa kereta, mungkin berbaloi, tapi disebabkan kami 2 orang je, rasa cam ralat je nak keluarkan duit banyak.
So acene?
Naik scooter je la !! Masa kat Malaysia ade try Google cari kedai sewa scooter kat area Seogwipo, tapi tak jumpa. Tapi ade terbaca yang ade someone yang stay kat Jeju Hiking Inn dapat direction ke kedai rent scooter dari owner hotel. So, gamble kompem ade je la kedai scooter kat situ...
So, turun je kat lobby, terus tanya owner camne nak ke kedai scooter. Direction seperti di bawah:-
![]() |
| Red Box tu la Scooter & Freezone. Tak jauh pon dari Jeju Hiking Inn |
Ade 2 jenis scooter;- 50cc dan 125 cc. Mula-mula kami nak sewa yang 50cc je, tapi bile kami cakap yang kami nak pergi Seongsan, orang kedai tu macam pelik. Siap buat action yang scooter kami tu lembab lagi. Terus kitorang tukar ambil 125cc..hihihi...kalau tak, alamatnye maghrib pon belum tentu sampai kat sana.....
Requirement untuk sewa scooter:-
==>Wajib ade international driving license. Kalau takde memang takleh sewa(orang kedai tu cakap)
Rent:
1. Scooter 50cc : 20,000 Won (additional 5,000 untuk passenger belakang)
2. Scooter 125cc: 30,000 Won
| Signboard biru tu ade tulis Scooter & Freezone. Masuk je lorong kiri tu. |
| Tepi kedai. Hujung lorong kat belakang tu Backpacker's Home. Nampak cam ramai gak yang duduk kat situ. |
Macam mana nak ke Seongsan kalau tak pakai GPS/takde internet? Tengok signboard. Die ade tulis Seongsan(ikut highway 1132). Tapi nak keluar town nak menghala ke Seongsan tuh memang kene tanya orang la halatuju nya. Ala-ala Amazing race gitu...
Jangan risau. Sedangkan kitorang (aku le tu) yang asik sesat je manjang pon boleh sampai kan?
On the way ke sana, kiri kanan penuh dengan kebun limau yang tengah masak ranum.
![]() |
| Kiri: Dulu, cita-cita aku nak bukak kedai buku+cafe......best nyer cafe die macam ni kan?? Kanan: Pondok berehat giller smart |
Sejuk je mata memandang kan?...
Sejuk lagi badan kami ni weiiihh!! Angin agak kuat jugak, sampaikan si Padel soh aku beratkan badan sebab scooter dah terhuyung hayang kene tolak ngan angin. Sejuuk!! Aku kira bernasib baik gak terlindung sikit dari angin sebab sembunyi belakang Padel. Padel la kesian.. tangan sejuk sampai terpaksa beli sarung tangan...
| Misz Cool yang menggigil kesejukan |
First, menghala ke Seopjikoji dulu sebelum Seongsan Ilchibung. Seopjikoji tu kat sebelah je..(jalan nak masuk ke Seopjikoji ni pon kami sesat lagi. hahahahha.. TT__TT ).
| On the way tu, ternampak motor makcik2 penyelam dok parking kat tepi jalan.. |
Dengan had laju 50-60 km/h, kami sampai di Seopjikoji setelah 1 jam 1/2. Sikit lagi dah nak jadi ais batu dah kami atas scooter tuh. huhuhuh...
SEOPJIKOJI
View die magnificent!!! Subhannallah! cantikkk sangaaatttt!!
dan sejuk~
tak lama pon kat sini, terus gerak ke Seongsan. Sebelum gerak, sempat beli sotong bakar(delicious) yang die jual kat deretan kedai di situ.
Seongsan Ilchilbung
Marvelous tak? Gorgeous kan?
Tapi nak mendaki tangga naik ke atas Ya Allah Ya Rabbi~~ ingat tak yang kami baru je hiking Mt. Hallasan semalam kan? Ingat tak yang kaki kami hari ni sakit yang amat kan? huhuhuhu...mendaki anak tangga Seongsan Ilchibung ni serious kami menderita~~~ injured ni!! Walau apa pon, berjaya gak tawan. Walaupon berjaman nak sampai atas.......
Turun dari situ, dah lapar, keluarkan bekal, dan makan...
| makan ni je ponnn.....sedappp!! |
dan terus gerak ke Jeongbang Waterfall. On the way tu, isi minyak dulu (4,700 Won).
Jeongbang Waterfall
Direction die, dah nak sampai ke Seogwipo, ade la signboard Jeongbang Waterfall. Ikut je la, insyaAllah sampai...
Sampai je sana, terus amik wudhuk. solat dulu. Kat tepi-tepi tu ade park dan kat park tu kebetulan ade Gazebo. Kami solat je kat sana..
Dah gelap, terus balik Hotel~itu pon sesat-sesat. Last-last pergi berhenti kat bus stop(kat Jeju bus stop die ade wifi), bukak GPS, tengok map. Sampai pon akhirnya
Tuesday, December 8, 2015
South Korea November 2015 : Day 4 - Jeju
23/11/2015 : Jeju - Mt. Hallasan via Yeongsil Trail
Bangun awal-awal pagi kononnye mahu cepat-cepat selesaikan pendakian Mt. Hallasan. Kesana naik bas je. Turunk ke lobby je terus mintak direction dari owner Hiking Inn. Cube korang baca direction yang die kasi kat bawah ni...agak-agak dapat decipher tak? kikikiki....masa aku dengar explanation dia Ya Allah! terasa macam pagi-pagi lagi otak dah berputar ligat!
pening kepala nak memahamkan..
Directions to Yeongsil Trail from Jeju Hiking Inn by Bus:-
On the way nak ke Yeongsil Entrance, hujan mula turun....
Sejukkkkkkkkkkkkkkk
Brr......
Time tunggu bas no.740, ade beberapa lagi orang korea yang turut sama tunggu nak ke Yeongsil Trail. Yang kelakarnye, ade sorang pakcik korea ni sekali sama-sama datang ngan kami, kitorang belum habis mendaki sampai ke shelter lagi, dia dah turun dah. Siap pesan kat kitorang lagi tu supaya makan instant noodles diorang kat shelter tuh. Tapi mintak maap la pokcik, tak halal kami takleh makan..huhuhu
Balik, kami lalu Eorimok Trail
Aku bab-bab turun tangga ni memang merana sikit, sebab lutut belah kanan sakit. Dah macam orang tua la plak kan? Tapi serius memang sakit. Kat Malaysia tade la plak rasa sakitnye, cume bila kat tempat sejuk je terasa (sejuk hujan biasa kat Malaysia tade hal pon).
Dah lutut sakit, trail hardcourse die pulak mencabarnye ya ampunn..batuuu je manjang..
Pulang lalu Eorimok Trail jam 1.00 petang, dan sampai di Eorimok Entrance jam 3.30 petang.
Balik, kami naik teksi. Sebab kalau nak naik bas memang dah tak larat. Naik teksi ke Jeju Hiking Inn fare die 15,000 won (setelah bargain ngan pakcik teksi). On the way nak balik, tetiba je pakcik teksi tu berhenti, pastu cakap "get out!' kat kitorang. Jalan dah la lengang. Memang kawasan kampung mana ntah. Terus gelabah. Pakcik ni nak buat ape??
Rupernye die soh kite keluar amik gambar kat depan kebun limau yang ade di tepi jalan . Bengong la pakcik drebar ni. Buat saspen je!
Sampai hotel, dah satu hal lagi nak daki anak tangga. Setiap satu anak tangga kitorang naik, setiap kali tu jugaklah mulut mengadoikan adoikan....haih labu~~labu....takdok kiija cari kija...Nasib baik bilik tingkat tiga je.
Hari tu kami berazam, bila balik Malaysia nanti nak kene start jogging (sentap badan tak fit kan!). Padel nak jogging at least seminggu sekali. Aku pulak azam sebulan sekali sudah. Kekekekek...
sampai bilik, mandi, solat, makan, solat lagi, pastu terus tidur. Pukul 7 dah setel..
Day 4 end!!
Bangun awal-awal pagi kononnye mahu cepat-cepat selesaikan pendakian Mt. Hallasan. Kesana naik bas je. Turunk ke lobby je terus mintak direction dari owner Hiking Inn. Cube korang baca direction yang die kasi kat bawah ni...agak-agak dapat decipher tak? kikikiki....masa aku dengar explanation dia Ya Allah! terasa macam pagi-pagi lagi otak dah berputar ligat!
pening kepala nak memahamkan..
Directions to Yeongsil Trail from Jeju Hiking Inn by Bus:-
- From Jeju Hiking Inn, walk up hill. On the first junction, walk straight up the hill. The CU Mart should be on your left side.
- Walk until you see Starbuck, and then turn right. Walk straight until you see bus stop in front of Jeju Bank.
- Take bas no.110 (1,300 Won)
- Get down at Jungmun Box Office stop. Unfortunately, instead in English, they'll announce 'Jungmun Box Office' in Korean. But because we've shown the driver the paper above and point where we want to stop(the one underlined), he told us to get down on that stop.
- Once you get down the bus, straight away turn right and walk straight until you reach a roundabout. In front of you across the road, there's CU Mart and on your right is a petrol Station. The road to the left(uphill) is 1100-ro(there's road name sign) and there's bus stop there. Just in front of the mart and beside an orange farm.
- Take bus no.740(First bus at 9.15am and the fare is 1,300 won). You can get down either at Yeongsil ticket booth(2.5 km from the entrance) or at the Yeongsil Entrance.
On the way nak ke Yeongsil Entrance, hujan mula turun....
Sejukkkkkkkkkkkkkkk
Brr......
Time tunggu bas no.740, ade beberapa lagi orang korea yang turut sama tunggu nak ke Yeongsil Trail. Yang kelakarnye, ade sorang pakcik korea ni sekali sama-sama datang ngan kami, kitorang belum habis mendaki sampai ke shelter lagi, dia dah turun dah. Siap pesan kat kitorang lagi tu supaya makan instant noodles diorang kat shelter tuh. Tapi mintak maap la pokcik, tak halal kami takleh makan..huhuhu
Sempat buat video kan! Time naik je la ade videonye sebab bile dah turun tu memang dah tak larat dah. Tenaga khas digunakan untuk menghalang badan dari pengsan je. huhuhuhu...
Balik, kami lalu Eorimok Trail
Aku bab-bab turun tangga ni memang merana sikit, sebab lutut belah kanan sakit. Dah macam orang tua la plak kan? Tapi serius memang sakit. Kat Malaysia tade la plak rasa sakitnye, cume bila kat tempat sejuk je terasa (sejuk hujan biasa kat Malaysia tade hal pon).
Dah lutut sakit, trail hardcourse die pulak mencabarnye ya ampunn..batuuu je manjang..
| Witseureum Shelter dari arah Eorimok. Kalau jalan mendatar camni boleh la ko berlari |
Nak turun ni kami sebenarnye mengejar masa sebab nak solat. Baju pulak basah, so nak tanak memang kene balik hotel. Nak memijak batu sambil berjalan cepat memang satu penyeksaan. Bile dah sampai part yang bertangga+berbatu, terasa macam lamaaaanyerrr... Aku ingat lagi otak aku time tuh ulang-ulang cakap 'dah lah..dah lah..dah lah..cepat la sampaii....bila nak sampai niii.....'. Serius aku rasa cam time tuh kaki aku adalah bukan kaki aku. Lutut menggigil berketar toksah cakap ar.
Bila dari jauh kami dah nampak entrance Eorimok, betapa leganye aku ya Allah!! Alhamdulillah!! sampai jugak!!!
Tempoh Perjalanan:-
Kami dari Yeongsil Ticket Booth jam 10 pagi, sampai Witseureum Shelter jam 12.30 Tgh hariPulang lalu Eorimok Trail jam 1.00 petang, dan sampai di Eorimok Entrance jam 3.30 petang.
Balik, kami naik teksi. Sebab kalau nak naik bas memang dah tak larat. Naik teksi ke Jeju Hiking Inn fare die 15,000 won (setelah bargain ngan pakcik teksi). On the way nak balik, tetiba je pakcik teksi tu berhenti, pastu cakap "get out!' kat kitorang. Jalan dah la lengang. Memang kawasan kampung mana ntah. Terus gelabah. Pakcik ni nak buat ape??
Rupernye die soh kite keluar amik gambar kat depan kebun limau yang ade di tepi jalan . Bengong la pakcik drebar ni. Buat saspen je!
| pakcik drebar request nak ambilkan gambar. Layankan je la. kalau ikutkan hati nak je cakap ngan pakcik tuh yang kitorang dah penat giller. Nak cepat-cepat balik hotel. |
Sampai hotel, dah satu hal lagi nak daki anak tangga. Setiap satu anak tangga kitorang naik, setiap kali tu jugaklah mulut mengadoikan adoikan....haih labu~~labu....takdok kiija cari kija...Nasib baik bilik tingkat tiga je.
Hari tu kami berazam, bila balik Malaysia nanti nak kene start jogging (sentap badan tak fit kan!). Padel nak jogging at least seminggu sekali. Aku pulak azam sebulan sekali sudah. Kekekekek...
sampai bilik, mandi, solat, makan, solat lagi, pastu terus tidur. Pukul 7 dah setel..
Day 4 end!!
Subscribe to:
Posts (Atom)