Sunday. 25.01.2015
First day berjalan di Japan!!! Weeehoo. (Patutnye second day. tapi smalam sampai malam. so hari ni kire 1st day la! tak kire)
Okay.
Sangat excited sebab dah nak ber jalan2 di jepun!
First things first! Beli Pasmo. Pergi je kat mesin kaunter kat mana2 train station, pastu tengok yg ade label PASMO. Touch kat bahagian PASMO, pastu touch button english. Kalo rasa hebat pandai baca jepun, tayah la tekan button english tuh. Click sini untuk lebih lanjut--> PASMO
Kitorang masukkan ¥5000 untuk beli kad PASMO + Top-up(diorang panggil charge) skali duit dalam kad tuh. Kire ¥500 untuk pembelian kad dan selebihnya untuk duit dalam PASMO.
So, touch and go go go!
1) Meiji Shrine
Direction:
Kuramae(Oedo Line)->Yoyogi. keluar station, terus pusing kanan. Jalan terus sampai tembok kanan tu habis. Pastu pusing kanan lagi. Dah sampai!
Hari ni kite ke meiji shrine. Tengok temple die. Actually tatau diorang ni sebenarnye beragama ape. Shinto ke? Buddha ke? Tapi seronok tgk aktiviti diorang di depan shrine tu. Seronok tengok scenery die. Cantik kot! subhanallah!!!
Mule2 basuh tangan dan minum kat telaga diorang. Ape ntah nama die. untuk ape pon tatau gak. Kire ikut tertib diorang la kot.. basuh tangan, pastu gi la shrine tu buat ape yg diorang nak buat.
Aku nak amik gambar ape yg ade kat dlm shrine tu, snap sekali, tapi gambar gegar giler, nak ambil sekali lagi terus ade pakcik guard jepun kate no picture! No picture!...haih..kempunan!!
Oh ya. Sempat la nampak ade perarakan wedding.
Waaahhhhh!!!!!! I am so impressed! !!!!!!. The bride and the bridegroom look so happy(harus la! takkan nak sedih kot!).
Interesting ceremony. Sempat amik video!!
2) Harajuku(Takeshita Street)
Direction: betul2 depan station Yoyogi tadi
Habis jenjalan kat area Meiji Shrine tu, gerak la plak je Harajuku. Setakat berjalan camtu2 je. Kalo ikutkan cara aku berjalan la kan, memang setiap kedai kat jalan tu aku masuk. Kikikiki...kat sini satu lagi yang kempunan. Kempunan nak tengok style2 pelik dan interesting diorang! Cosplay! .Imah kata diorang slalu buat perhimpunan kat situ..tapi tak nampak pong!!! kempunan lagi...
Imah ngan aku sempat bli Banana Cream Crepe. OMG!! Bapak sedap weih!..
macam bahagia je makan crepe tu..
selesai makan crepe, singgah masuk kat kedai Daiso. Mak ngan imah x berkenan ngan barang2 yg ade kat dalam Daiso tu. Tapi aku ni jenis yg suke mende merepek2 tu. Rasa bahagia dapat belek2 barang dlm kedai tu. Ikut hati napsu serakah sopping aku, macam naaaak je grab ape2 yg tertarik kat mata. Tapi disebabkan pikir yg ni baru first day, terpaksa kenselkan perasaan membeli belah ni. Asalkan dapat kebahagiaan window shopping pon dah sudah cukup dah. (Sebab tu pempuan suke window shopping. To clench the thirst that we have for shopping! And it's free!!)
3) Shibuya
Direction: JR Yamanote Line(kat Harajuku) -> Shibuya
Next, kite ke Shibuya.
Melihat zebra crossing tersibuk (di seantero dunia?)...memang buzy yer. Time aku pergi tu, aku cam terasa masih belom cukup busy lagi.kikiki... Punye la ramai umat ya Allah. Pastu semuanyer lajuuu je jalan. seronok plak tengok manusia~
Nampak tak mek? |
Kat sini mak dah mule lapar. Aku ngan imah pon lapar gak. So mule2 decide nak duduk kat mana2 utk makan bekalan kitorang. Tapi x jumpe port la plak. So, decide, terus ke Masjid Camii.
4) Masjid Camii
Direction ni dari Blog sini --> Click . Kalo nak tau dengan lebih details, sile visit blognye.
Dari Yoyogi Uehara Station
1. Lepas exit gate, belok kiri. Ada tangga turun bawah. Boleh nampak North 1 Exit Gate.
2. Turun sahaja akan nampak tempat tunggu bas, teksi dan parking basikal.
3. Terus gerak ke belah kiri.
4. Suppose nampak minaret masjid selepas beberapa langkah.
5. Jalan sampai nampak main road.
6. Dekat Main road, patah kanan. Suppose dah boleh nampak sipi-sipi dinding masjid.
7. Lepas beberapa step. boleh nampak dinding masjid. Lintas Jalan.
6. Ada dua pintu masuk, 1 yang besar dekat bawah. - Lead to Turkish Centre.
Satu lagi kena naik tangga, terus ke prayer Hall.
Tempat ambil wuduk dekat tingkat turkish centre ni kalau tak salah.
Sampai je Masjid, minum air teh o free diorang yg ade kat foyer masjid, pastu pusing2 kat foyer kecik tu tengok ape yg ade. Ternampak ade flyers yg di lekatkan kat dinding/tiang masjid berkenaan dgn kidnapping orang jepun oleh IS. Mule2 tatau pon issue ni. Tapi bile balik bilik tgk berita diorang, heboh weih..
So, lepas minum air, turun ke tingkat bawah utk amik wuduk. Pastu kat tingkat tu jugak ade space diorang letak barang stok ke hape ntah, so kitorang pon lepak makan kat situ. Nasib baik tak makan kat Shibuya, sebab lupe nak bawak sudu ngan garpu.
Selosai makan, naik tingkat atas sekali untuk solat. Subhanallah! Cantik okey dienye design. So impressed+proud!!
Selesai solat, amik gambar, dan balik. Sedikit gambar di dalam album kat bawah ni. Kalo nak tengok ler~
Kat sini pkol 5 dah senja.
End of Day One!
Expenses for today:-
PASMO: ¥5000
Banana Cream Crepe: ¥390
No comments:
Post a Comment