Sunday, February 8, 2015

Tokyo January 2015 : Day 2

Monday. 26.01.2015

Hari ni nak gi Disney Sea!!!

Yatta!!!!

Mengkabulkan cita2 dan impian semasa kecil!!!

Dulu time kecik2 dulu nakkkk sesangat gi Disney Land. Tapi bile dah besar ni, pikir2 Land ngan Sea tu sama yo.. betul tak? Tak betul? Tatau betul ke tak sebab tak pernah pergi Disney Land, so tak bleh nak compare.

1) Earthquake
Hari ni kene kuar awal. Tapi x de la awal sssangat kitorang kuar. Dlm pkol 7.30 kot camtuh. Pastu, nak di jadikan cerita, elok time tengah bersiap2 tengah tepek muke ngan sunscreen, tetibe rasa bangunan bergoyang2. Bergoyang depan belakang depan belakang depan belakang. Mak siap tanya aper tuh?!!

Earthquake weih!

Adala dlm 2//3 saat bergoyang-goyang. Semua dok berdiri terpacak je kat dalam bilik. Walaupon aku tak patut berasa macam ni, tapi time tu perasaan rasa cam ter-excited. Tak patut betol kan?. Tapi serius rasa sedikit thrill.  Mak plak dah cuak soh kitorang siap cepat2. Imah siap cerita tv menggelongsor sikit.

Kikikiki...Tapi syukur Alhamdulillah earthquake tu tak kuat dan kami tak ape2. Syukur sangat-sangat kat Allah.

2) Disney sea : Buy ticket online (http://www.tokyodisneyresort.jp/en/index.html)

And we headed to Disney sea!!!.

Byk kali tukar train gak la dari Kuramae tu.

KURAMAE(Oedo Line) -> TSUKISHIMA(Yurakucho Line) -> SHIN-KIBA(JR Musashino Line) ->  kena jalan sikit nak naik MAIHAMA(Disney Resort Line). kalau sesat tanya je orang.

Disney Resort punyer train. Comel tak? comel tak? Comel tak?


Punye la ramai umat!! Tapi seronoknyeee!!!
Masuk-masuk je nampak Donald Duck! giller excited!!!!!!!!


Gambar Roller Coster(Raging Spirits *kot) yg atas sekali tu, aku ngan imah beratur sejam. Mainnye ade la 3 minit kot TT____TT

Nih Map Disney Sea.Mengikut Imah yang buat research kat Google, die kata permainan best yang agak thrill ade kat Lost River Delta ngan Port Discovery. Kalo jenis yang suke permainan macam tu, better terus ke sana. Sebab queue memang panjang yang amat. Kitorang banyak spend masa kat Mysterious Island, Mermaid Lagoon, Arabian Coast. Kat Lost River Delta, tu je la satu permainan yang kitorang main (Raging Spirits). Membazir masa beratur+kesian mak sengsorang terpaksa tunggu kitorang + macam dah nak malam. Actually untuk permainan yang mempunyai masa beratur yang panjang, diorang ade sediakan Fast Pass. Kegunaan FP adalah untuk korang potong queue orang yang beratur panjang-panjang tuh. Contoh, untuk game Raging Spirit, depan pintu beratur game tu, ade pndok yang penuh dengan mesin tiket FP. So, bawak tiket Disney korang, Scan barcode tiket Disney di mesin FP, mesin tu akan keluarkan satu tiket FP khas untuk game Raging Spirit sahaja. Dan kat tiket tu dah sebut time bile korang boleh gunakan Tiket FP. So, nasihat aku, sampai je Disney Sea, aim game ape yang korang nak main, pergi amik Fass Pass die dulu, dan sementara menunggu time yang korang boleh gune FP tu, pergi la isi masa dengan explore other places/areas. (Game yang mempunyai FP adalah game yang mendapat sambutan hangat)

Pergi/click  sini nak tengok attraction dan games apa yang ade.. --> Tokyo Disney Sea Map .


Main, main jugak. Tapi solat jangan tinggal. Solat je kat mana-mana penjuru yang ada.
Kat Arabian Coast yang nak menghala ke Lost River Delta ada banyak space kosong dan tak beberapa ramai orang.

Lantai sejuk. Air buat wudhuk sejuk...brrr...


Bab makan, kitorang bawak bekal dari hotel. Siap-siap pack. Dua kali piknik tuh! kat situ banyak benches yang orang tak beberapa ramai orang lalu. Makan petang kitorang kat tepi Hangar Stage area Lost River Delta. kat tepi hangar tu macam ade taman kecil siap ade bangku bagai dan agak secluded. So we happily filled our stomach. Selesai makan, kebetulan staff Hangar Stage tu panggil orang masuk sebab dah time show diorang. Kitorang ni plak, nak lari dari kesejukan, so masuk je la building tu. Dah alang-alang kan? boleh gak la rehat-rehatkan kaki yang sakit berjalan satu hari ni. Mula-mula show tu, rasa mengantok je. TAPI!!! giller best weih show die.Diorang terbang sana, terbang sini. Giller hebak! RECOMMENDED!!!

Port makan kitorang. Nampak tak bangunan yang cam buruk kat blakang tuh? Itu ler die Hangar Stage tempat diorang buat show terbang-terbang tuh. Very recommended!
Heran aku bebudak sekolah ni...nape tak gi sekolah?


penat dah. Snap gambar sikit-sikit, pastu balik.


Balik singgah beli Melon Pan kat subway station mana entah. Sebelum beli tu siap tanya orang kedai, ingredients die ade yang kite tak boleh makan ke tak..wajib woo..

Teringat Yakitate Japan!

Okay..seriously. it was such a fun day!!. I had so much fun like fun fun fun !!!

Total perbelanjaan:

1. Minnie pouch: ¥680
2. Heatpack: ¥108
3. Drinks: ¥420
4. Melon pan: ¥216
TOTAL: ¥1424


No comments:

Post a Comment