Tiba saja di Gimhae Airport, terus menuju ke Information Counter untuk tanya info bas ke Gyeongju. Bas limousine menuju ke Gyeongju yang akan amik passenger ada di hujung terminal sebelah kanan lepas keluar gate. Tapi harus berhati-hati sebab di situ ade beberapa bas yang berlainan destinasi akan stop di tempat yang sama, so memang kena bertanya lah untuk mendapatkan kepastian. Kebetulan ade seorang pakcik yang akan turut sama menaiki bas yang menghala ke Gyeongju, so, kitorang ikut je pakcik tu.
Bus stop No.1 |
Gimhae Airport to Gyeongju
Means: Airport Bus Limousine
Time: 9.30am - 11.30am
Fare: 9,000 Won
Tiba di Gyeongju, bas akan berhenti tepi jalan. Bila turun je bas, akan nampak Rumah Information cam dalam gambar ni. Tanyalah ape-ape pon, insyaAllah diorang boleh jawab (jangan tanya yang merepek-merepek sudah). Depan information building tu, just across the street, ada bus stop. kitorang tunggu kat sana untuk naik bas ke Guesthouse.
mintak map ngan direction kat sini |
Naik kat bus stop seberang jalan nun |
Kalau ikut perancangan, hari ni kitorang sepatutnya melawat Bulguksa Temple, Anapji Pond, Cheomseongdae Astronomical Observatory, Cheonmachong Tomb & Daeneungwon Royal Tomb, Gyerim Forest dan Tumuli. Tapi yang sempat cover hanyalah Bulguksa Temple, Anapji Pond, dan Cheomseongdae Astronomical Observatory saja. Tak kisah pon. Sebab trip kitorang ala-ala leisure and stedy. Cover setakat mana yang boleh pon dah cantik dah.
Mula-mula pergi Bolguksa Temple dulu, sebab tempatnya agak jauh dari attractions yang lain. So decide cover sana dulu. Pastu, balik untuk check in dan solat, dan keluar semula sambung tour. Kalau ikutkan agak membazir masa untuk patah balik semula ke guesthouse dan keluar balik, tapi entahlah. Lebih selesa untuk solat di bilik.
Bulguksa Temple
Direction to Bulguksa: take bus #11 from our nearest bus stop from the guesthouse. They will announce for each stop so get down when you hear Bolguksa Temple(cant remember if they will say Temple in English or not). Or you could always ask the driver if unsure.
Fare: 1,500 Won
Nak dijadikan cerita, pakcik driver bas yang nak ke Bulguksa ni scary giller! dia boleh tidur tengah-tengah dia drive sampaikan bas boleh terhuyung-hayang masuk lane sebelah. Yang tu scary. Yang kitorang ni pulak dah lah duduk kat seat yang paling depan sekali, puas la penat mulut aku terkumat-kamit baca doa. Hampeh betul pokcik.
Drowsy Driver is forever Dangerous!! |
However it is, the view is still marvelous!
Oleh kerana kami mengejar masa, jadi kami spent masa dalam sejam lebih sahaja di sini. Selesai bergambar dan menikmati pemandangan, kami kembali semula ke bus stop yang bertentangan dengan bus stop yang kami turun tadi dan mengambil bas no 10(kalau tak silap) untuk kembali ke guesthouse.
Direction from Bulguksa back to town: Take bus #10(bus stop across the road) @ bus #11(the opposite bus stop). Or you can just ask in the information building nearby.
Fare: 1,500 Won
Anapji Pond
Usai solat dan berehat sebentar, kami keluar kembali untuk ke Anapji Pond
Direction to Anapji Pond: Take bus #11
Fare: 1,500 Won
Dari sini, boleh jalan kaki ke beberapa tempat seperti kat dalam gambar di bawah:-
Tapi kami sempat pergi tempat kat bawah ni je sebab
1) kaki aku dah melecet sangat
2) dah gelap
3) sejuk dah malam-malam camni
Cheomseongdae |
Dari Chemseongdae dah boleh nampak ni dah. Tatau la kalau ni Tumuli Park atau tidak sebab kitorang dah tade daya nak menapak lagi. |
haih...
Kaki memang dah melecet giller tapi tak perlah. Jalan je sampai nampak bus stop dan duduk lah menunggu. Lama gak lah menunggu bas nak balik tu sampai. Bila dah naik je bas, terasa lega dah hati..
Kebetulan turun dari bas ternampak kedai kasut. Terus beli sport shoes. 11,000 Won. Mengenangkan yang perjalanan di Korea ni masih banyak, terpaksa la meleburkan duit..
1st day end!
No comments:
Post a Comment