Monday, December 7, 2015

South Korea November 2015 : Day 2 - Busan

21/11/2015 : Busan

Hari ni ke Busan pulak. Walaupon tak dapat nak habiskan Gyeongju, tapi sebab dapat ke Bolguksa pon cam ok dah kan? So, awal pagi(matahari dah timbul pon) kami gerak ke Bus Station on foot. Lebih kurang dalam 10 minit je. Sambil-sambil tu menikmati pekan pagi Gyeongju.

Tanda X adalah Guesthouse kami. Purple circle adalah bus stop. Kami jalan dari guesthouse ke Bus Station. Tak beberapa jauh sangat pon. Tiket kaunter bas ade dalam bangunan belah kanan. Sederet je ngan bangunan-bangunan yang lain. Aku ni pulak leka tengok bangunan, kebetulan Padel terperasan ade seorang minah korea berlari-lari anak menyeberang jalan, pastu masuk dalam bangunan betul-betul sebelah kitorang. Bila tengok ape kat dalam bangunan tu, ternampak la kaunter tiket. Nasib baik! Kalau tak, kan dah sesat!
menikmati Suasana
Bangunan-bangunan berhadapan Stesyen Bas ni agak menarik designnya. Masih lagi mengekalkan keunikan ciri-ciri Korea.
Gyeongju to Busan : By bus
Fare: 4800 Won
Duration: Around 2 hrs

Dari Busan Bus Station, there's Metro Station(Napo) inside the the same building. Hence, we've took metro to get to Jagalchi. Sampai je Jagalchi, letak beg kat guesthouse dulu sebab nak check in tak boleh lagi(check in pkol 3), pastu sambung berjalan.

Hari ni kite ke Taejondae dan Masjid A-Fatah. Tapi sayang tak dapat nak ke Masjid sebab berjalan di taejondae lama sangat + dah sakit kaki sebab banyak sangat menapak.

Taejondae
So called direction to Taejondae: At Nampo station, look for bus stop for Taejondae(forgot which exit for the bus stop as I've asked around for it. And I cant use the direction that I've gotten from the internet because the exit that I've supposed to go seems to be closed. I dont know why. Might be because of the constructions that they've been doing at that time.) Hop on bus Number 30.

Sampai je Taejondae, aku nasihatkan, tolonglah beli tiket untuk trem. Tiket tu korang boleh pakai untuk satu pusingan dan dia akan stop kat tempat-tempat kat dalam Taejondae tuh. Bukan ape, kalau korang menapak, satu round tu dalam 4 KM.!! melainkan yang korang memang dah sedia fit, dan memang nak merasa jalan yang berbukit-bukit, sila lah.

Kami hari tu macam kononnye malas nak beli tiket trem. Konon nak jimat duit. Haktuih betul. 2000 Won pon kedekut taik idung masin. Bila dah penat jalan kan dah padan muka sendiri kan?

Walau apa pon, view kat Taejondae ni memang gorgeous fabulous marvelous! Subhanallah!!



Orang Korea ni jalan cepat! 
 
Padel excited tengok batu ni. Mungkin sebab die budak belajar bab-bab batu ni kot, so keterujaannye lain. Aku pon tumpang excited skali
      

Kitorang naik je dari tebing ni, memang dah tak larat lagi dah nak menapak. Kaki pon cam menggigil-gigil je. Nasib baik kat depan tempat ni ade Stop untuk trem. So, kitorang beli tiket kat satu booth macam phone booth, beli tiket(mesin tiket dalam korean, jadi terpaksa mintak orang korea tolong belikan), beratur, naik trem sampai la kat permulaan tadi semula.

Nak balik ke Guesthouse, naik bas yang sama dan turun di NampoDong. Pastu naik metro dari Nampo station

Nak balik ke guesthouse tu pon kitorang sesat lagi. hahahaha..sesat je la kerje kitorang kat Korea ni. kekekeke...

Sampai di Guesthouse, check in dan terus solat. Pastu turun semula nak beli nasi di mini mart. Kebetulan di belakang Guesthouse ade fishmarket, so, jenguk-jenguk kejap. Pusing sikit je sebab badan dah penat. Kaki dah super penat.

 


2nd Day End!

No comments:

Post a Comment