22/11/2015 : Busan
CAUTION! PICTURE HEAVY (banyak sangat amik gambar sampai tatau mana satu nak pilih)
Pagi ni kene bangun awal sebab petang kang ade flight ke Jeju. So, pagi-pagi lagi dah gerak nak ke Gamcheon Culture Village.
Gamcheon Culture Village.
Direction: Go to Toseong Station by metro->exit 6 ->walk straight till junction then turn right-> walk straight until you see a bus stop. It's just in front of the Busan Cancer Hospital -> take bus no. 2 Fare: I used T-money (900Won)
Bila turun je bas, nak ke Village tu, korang jalan ke kanan(turun bukit) boleh, jalan ke kiri (naik bukit) pon boleh. Gamcheon Village ni besar. Kami mula-mula pergi arah ke kiri (sebab tahun lepas aku pergi sini time tuh aku ikut situ), jalan-jalan kat dalam village tuh, turun naik tangga bagai semua, pastu bila nak balik, kitorang tunggu kat bus stop across the street. Then terperasan...kat depan kitorang ade satu gerbang. Mula la curious kan? Cross balik jalan nak ke sana..heh...Gerbang Gamcheon Village. Sambung balik misi mengexplore kami...
Bila turun bas, pastu naik bukit sikit, akan jumpa jalan yang macam ini
berhadapan dengan bas stop nak balik nanti. Sampai je Gamcheon Village punye stop, turun bas, pusing kanan terus. Nanti nampaklah gerbang besar ni
Seronoknyer tengok coulorful - colourful nih
the famous pagar sebelah community centre
Community Centre. Boleh masuk dalam ni free dan pergi kat rooftop die. View kat rooftop cantik dan ade signboard Runningman pernah buat pengambaran kat situ. Tangga di sebelah community centre adalah tangga menghala ke bus stop. Tapi pon sampai kat atas bukan boleh terus jumpa bus stop. Kena lagi menapak.....
amik kau 189 anak tangga. Tahun lepas aku ikut naik tangga ni time nak balik. sampai je atas rasa cam nak pengsan :P
Kalau jalan depan sikit selepas community centre, akan nampak signboard nih. Stairs to see stars. Kalau korang perasan, tangga tu ade kat tengah gambar ni.
Gigih nak jumpa bintang weih..sampai atas bukan jumpa bintang pon. tak sempat nampak bintang, pemandangan dah kelam dah...
Boleh tak rasa cam nak jadi reporter je. kekekekekek..
Dalam pukul 10.30 pagi, kitorang dah ade kat Jagalchi balik dah. Ingat nak round-round Jagalchi tengok ape yang ade..Nak masuk dalam bangunan Jagalchi Market tu macam malas, so kami decide untuk round kat luar je. Itu pon dah terasa seronok dah tengok orang..
Auction
Aku tak paham kenapa diorang tengok....
musim sotong kot....
Tengah jalan-jalan, tengok banyak kedai jual seafood kat tepi-tepi tuh. Mula-mula macam malas je nak makan kat area sini sebab mahal kot seafood. Tapi ade sorang makcik yg dok promote depan kedai die pastu cakap melayu plak. Terus rasa teruja nak try kan? Tapi bile tengok menu die macam mahalnyerrr...last-last makcik tu tunjuk satu menu yang harganye 30,000 won. Itu pon dah rasa mahal. Padel mintak kurang jadi 20,000won...dapaaattt..Cumanye berkuranganlah jumlah ikan bakar die. Tapi kami okay je. Bukan jenis yang makan banyak so tak kisah pon. Rasa die not bad lahhh. Lapar dah time ni so kitorang makan tak bersuara. Ada satu ikan je yang tak larat nak makan....Ikan Jaket =__=
Balik hotel, tunggu waktu solat(mintak extend 1 jam kat owner), solat, pastu terus ke Gimphae Airport. Ke Jeju kita!!
No comments:
Post a Comment