25/11/2015 : Jeju International Airport
Semasa menunggu nak boarding flight kat Jeju International Airport ke Seoul, berlaku satu incident yang bagi aku incident ni agak scary, tapi mungkin bagi orang lain benda ni takde apa-apa..terpulang lah. Tapi, untuk aku...better be safe than sorry.
So, al-kisahnye...time tengah syok-syok berbual ngan Padel sambil mengusha-usha orang lalu lalang kat dalam boarding hall, tetiba ade seorang mamat(bukan korean) dalam lingkungan 40/50-an duduk kat sebelah Padel. Mula-mula tak de la rasa apa-apa pon sebab ni airport kot. Semua tempat duduk adalah tempat duduk awam, walaupon time tu aku tengok ade je tempat lain yang dia boleh duduk, tapi...no big deal lah. And then, pokcik ni dok la start berbual-bual ngan kitorang(lebih kepada Padel sebab aku malas nak layan..). Mula-mula tanya orang mana? Malaysia. Dia pulak dengan senyum yang agak bangga mengatakan yang die orang Pakistan. Kami ooooooooo-kan je lah. Then, die tanya lagi nak kemana dan naik flight mana? kitorang jawab la sekian sekian sekian..Dia menganggukkan kepala sambil mengatakan yang die pon naik flight yang sama.Dan banyak lagi soalan-soalan lanjutan yang kami jawab. Dah rasa macam pop quiz la pulak kan? Habis soalan, di gantikan pula dengan cerita perihal dia. Kami meng-angguk-anggukkan je la kepala..
Pastu, tetiba die tanya dah makan ke belum? siap nak ajak kitorang pergi kedai lotte lagi. I pay, I pay. No problem... err.....thank you but no thanks
Aku time tu dah pikir lain dah. Tak sedap hati la plak.
Lepas tu, ade lagi la pulak soalan-soalan susulan..hadoiiii la pokcik!...si Padel la kesian kene layan sebab Pokcik tu kat sebelah die. Aku dah bolayan...
Tetiba dia ajak pergi pusing-pusing kat kedai-kedai tepi boarding hall .Pehal!!!
kami cakap taknak
Pastu dia suruh kitorang belikan rokok kat kedai duty free untuk dia. What the hell?! Memang tak la. Kitorang cakap, err..no no... Aku ni pulak jenis orang yang tak boleh kena suruh. Pantang sangatt!. kalau tak kena gaya menyuruh aku buat itu ini, memang hangin la satu badan. Silap silap kene sembur..Tapi tade la aku nak sembur pakcik tu kan...
Pastu dia desak lagi. Dan kitorang cakap No No No.. Die pandang kitorang, explain sekali lagi sebab dia kata kitorang tak paham. Dia explain yang dia nak bagi gift kat orang tapi tak boleh beli lebih dari satu untuk seorang. So, dia nak aku beli satu, Padel beli satu, pastu kasi kat dia. Itu saja!.....Dude! I get it! but the answer still no! ..geram dengan pakcik ni tau. Aku cakap balik ngan pakcik tu, it's against our moral to buy ciggaratte..I'm a teacher! It's against my moral! (masa tu aku dah marah, tak dapat la nak pikir perkataan yang sesuai. asalkan die paham je sudah).
Pakcik tu tak boleh terima dengan alasan kitorang. Siap tanya, kat Malaysia takde orang merokok ke? eh eh pakcik ni...ade yang kene sekeh kang..
last-last, sebab aku dah cuak+marah ngan pakcik ni, aku ajak Padel pergi toilet. Angkat bontot dan chow!
Ade la dalam 10 minit lepak kat toilet..kekekeke....Time aku dalam toilet, Padel cerita yang die nampak pakcik tu dok macam tinjau-tinjau kat toilet yang kitorang masuk tuh.
Scary tak??
Masa berbual-bual ngan pakcik tu tadi(sebelum masuk toilet dan selepas die offer nak belanja makan), aku tetiba teringat pesanan ayah aku. Kalau ada orang tak kenal kat airport mintak tolong pegangkan barang ke, ataupon apa-apa ke, jangan percaya. Pergi jauh-jauh.....Giller terngiang-ngiang kot kat otak aku pesanan ayah .....
anyway,
Keluar je dari toilet, aku ajak Padel supaya duduk jauh-jauh sikit dari tempat tadi. Fuh, nasib baik tak nampak kelibat pakcik tu lagi.
Time nak boarding flight tu la dup dap dup dap je sebab teringat yang dia kata dia naik flight yang sama. But lo and behold! batang hidung dia pon tak ada!!! Nampak tak permainan di situ? nampak tak? Nampak tak?
*lega*
Alhamdulillah kami selamat touch down di Gimpo Airport
No comments:
Post a Comment