Thursday, December 24, 2015

South Korea November 2015 : Day 7 :: Sokcho

26/11/2015 : Seoraksan

Dari Incheon Airport, kami beli tiket bas ke Sokcho yang berharga 30,000 won. Kaunter tiket ade di area balai ketibaan. Bas paling awal ke sana dalam pukul 9 lebih. Itu dah kira lambat dah kan? Tapi nak ke station Dong-seoul macam malas...ehehehhe...Kalau amik bas ke Sokcho dari Dong-Seoul, boleh dapat dalam harga 18,000 won.

Tempat tunggu bas ade kat depan airport. Keluar-keluar je airport, terperanjat sangat!! ada salji kat jalan!! patut la malam tadi sejuk rasa cam sejuuuk sangat. Rupernye dah snow.

Sian Padel. Nak jumpa Autumn, tapi terserempak dengan Winter..huhuhu

Sampai je kat Sokcho, cuaca memang sangaaat sejuk. Kami memang menggigil time jalan nak menuju ke hostel. Sejuk giller...

Dah sampai hostel, tak boleh nak check in sebab belum pukul 3 petang. So, tumpang solat, tumpang letak beg, terus gerak keluar balik menuju ke Seoraksan.

Bas ke Seoraksan: 1,200 won (harga balik pon sama)

Sampai-sampai je sana, bumi putih diselaputi salju. Dan salji masih lagi tengah turun..Brrrr...sejukkkkkk!!!...plan nak naik cable car ke Seoraksan tak tertunai kerana ditutup pada hari tu disebabkan angin kuat. *sedih*

Tak lepak lama-lama kat sini sebab kami seriously tak tahan sejuk. Hingus meleleh-leleh pon tak sedar dah sebab muka macam dah tak rasa ape dek sejuk.

Balik hostel balik..check in, rehat kejap pastu keluar balik. Kami keluar kali ni dah prepare dah, pakai baju 3 lapis(tak termasuk jaket). Stokin pakai 2 lapis.

Kali ni berbekalkan map yang diberi oleh pihak hostel, kami menapak ke Fisheries Market.


gambar tak banyak ambil. Entah la kenapa malas nak ambil gambar time ni. Huhuhuhuh... Jalan punye jalan, nampak orang jual Udang Tempura, kami beli. Pastu jalan lagi...nampak ade orang jual Potato Pancake, beli lagi. Cukup la untuk dinner malam ni.

Balik

Hari ni badan terkejut dengan kesejukan yang tak terjangka dan menyebabkan kami penat yang amat.

Awal betul kami tidur hari ni. Tidur dengan baju yang berlapis-lapis dan stokin berlapi-lapis dengan didendangkan deruan angin kuat dari luar.

Day 7 End!


No comments:

Post a Comment